DEFINISI
1. Indeks Jisim Tubuh / Body Mass Index (BMI)
BMI melebihi 25 kgm-2 - lebih berat badan dan 30 kgm-2 - obes.
2. Peratus lemak badan dikategorikan sebagai obes jika:
> 25% bagi lelaki
> 35% bagi perempuan
3. Ukur lilit pinggang (Waist Circumference / WC)
a. Lelaki : > 90 cm
b. Wanita : > 80 cm
4. Pengumpulan lemak yang berlebihan pada bahagian tubuh seseorang sehingga mengakibatkan pertambahan berat badan yang tidak normal untuk usia, jantina dan tinggi individu tersebut.
BMI Klasifikasi
< 18.5 Kurang berat badan
18.5 – 24.9 Normal
25.0 – 29.5 Lebih berat badan
30.0 – 34.5 Obes Grade I
35.0 – 39.9 Obes Grade II
> 40 Obes Grade III
KEBAIKKAN PENURUNAN BERAT BADAN
Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
Mengurangkan tekanan darah
Memperbaiki fungsi paru – paru (pernafasan)
Mengelakkan atau mengurangkan rasa sakit sebagai akibat penyakit osteoartritis dan sakit tulang belakang
Membuat individu menjadi lebih aktif
Menjadikan individu lebih menarik dan meningkatkan rasa harga diri.
MATLAMAT PENURUNAN BERAT BADAN
1. Menurunkan berat badan 10 % daripada berat badan asal dengan penurunan 0.5 – 1.0 kg seminggu.
2. Mengekalkan dan mengelakkan pertambahan berat badan.
KAEDAH PENURUNAN BERAT BADAN
1. Kawalan Pemakanan
Mengurangkan pengambilan makanan tinggi lemak, garam dan gula.
Makan 3 waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam mengikut masa yang tetap.
Mengambil 2 cawan susu tepung tanpa lemak setiap hari.
Meningkatkan pengambilan makanan tinggi serat.
Makan buah – buahan sebelum makan tengahari dan makan malam.
Mengubahsuai kaedah masakan seperti :-
i. Kukus / rebus
ii. Bakar / panggang
iii. Sup / tomyam yang tidak ditumis
2. Mengamalkan senaman secara berkala.
Sekurang – kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit, termasuklah 10 minit sesi regangan iaitu 5 minit sebelum bermula senaman aktif dan 5 minit selepas melakukan senaman aktif.
3. Pengubahsuaian Tingkah laku.
Kunyah makanan dengan sempurna sebelum ditelan.
Jangan membuat perkara lain semasa makan, sebagai contoh membaca atau menonton TV.
Sediakan makanan dalam hidangan yang kecil / mengikut sukatan yang dibenarkan.
Jangan makan sambil minum air.
Elakkan tidur sejurus selepas makan.